Perdana Menteri wanita Helle Thorning-Schmidt

Beliau terpilih selepas ketua pembangkang parti berhaluan kiri itu memenangi Pilihan raya Denmark yang diadakan pada 15 September 2011. Parti Sosial Demokratik itu menang tipis 89 kerusi daripada 179 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Perdana Menteri Denmark sekarang, Lars Løkke Rasmussen dari Parti Liberal hanya menang 86 kerusi. Kunci pejabat Perdana Menteri diserahkan kepada Helle Thorning-Schmidt.Lars Loekke mengemukakan peletakan jawatannya kepada Ratu Margrethe di Copenhagen.

[1]